Walaupun baru-baru ini Cristiano Ronaldo mengakui yang dia tidak mempunyai masalah berada di Real Madrid, sebuah media di Sepanyol pada minggu ini telah mendedahkan yang Ronaldo akan meninggalkan Real Madrid. Ini berikutan keenganannya untuk menlanjutkan kontrak baru untuk terus berada di Bernabeu.
Berikutan situasi ini, sekiranya tiada persetujuan diperolehi sehingga hujung musim ini, Real Madrid dikatakan terpaksa menjual Ronaldo ke kelab lain pada musim panas nanti bagi mengelakkan dia meninggalkan Madrid secara perpindahan percuma pada musim 2015 nanti.
Kemungkinan perpindahan ini berlaku disokong lagi dengan kemungkinan Jose Mourinho yang juga berkongsi agen yang sama akan meninggalkan Real Madrid dengan khabar angin akan ke Paris Saint Germain.
Sehingga kini dikhabarkan PSG telah menunjukkan minat untuk mendapatkan Ronaldo selain kelab lamanya Manchester United yang mendedahkan untuk membawanya ke sana dengan bayaran £55m.
Friday, February 22, 2013
Thursday, January 31, 2013
Swansea memperbaharui kontrak Michu
Pada Liga Sepanyol dia bermain untuk Rayo Vallecano, sebuah pasukan bawahan liga yang bergelumang dengan sisa-sisa perlawanan untuk terus kekal berada pada liga utama untuk musim yang berikutnya. Namun begitu dia berjaya meledakkan 15 gol untuk Rayo dengan posisi sebagai midfielder. Satu statistik yang boleh dibanggakan untuk pemain pasukan bawahan dan jika diukur dia boleh dikatakan sekaliber dengan nama-nama besar yang lain di posisi tersebut seperti Mesut Ozil, Andres Iniesta dan Cesc Fabregas.
Harga pembeliannya daripada Rayo Vallecano hanyalah disekitar £2.2m. Bermula dengan gol debut pertamanya bersama Swansea ketika membantu pasukannya membelasah QPR dia bagaikan sedang memahat namanya di bibir-bibir pemerhati Liga EPL pada musim ini.
Sehingga kini dengan aksi sebanyak 24 perlawanan dia telahpun menjaringkan 13 gol di liga EPL. Satu pelaburan yang berbaloi dari Michael
Laudrup. Kalau diukur dengan nisbah gol dari pelaburan kewangan, pembelian Michu adalah yang terbaik pada musim ini.
Menyedari hakikat ini, akibat tidak mahu ayam tambatan ini terlepas ke tangan kelab-kelab yang lebih kaya rayaengan begitu mudah, Swansea telahpun memperbaharui kontrak Michu sehingga 2016. Micheal Laudrup menjangkakan Michu mungkin akan ditawarkan pada musim panas akan datang dan kontrak terbaru ini dijangkakan akan membantu Swansea memperolehi lebihan kewangan nanti.
Bagi Michu pula, dia tidak mempunyai masalah dengan kontrak terbaru ini kerana terlalu teruja berada di Swansea, dia jua mengakui ada membaca dan mendengar spekulasi perpindahannya tetapi semua tidak menarik minatnya untuk meninggalkan Swansea.
Labels:
EPL : Swansea
Thursday, January 3, 2013
The Italian Connection : Balotelli vs Mancini
Penyerang Manchester City Mario Balotelli dan pengurusnya, Roberto Mancini kelihatan bergeseran semasa sessi latihan hari ini. Kejadian ini bermula berikutan reaksi Mancini terhadap Balotelli kerana bertindak melakukan bentesan keras kepada Scott Sinclair. Ketegangan tersebut memulakan insiden pencakaran mulut, tolak menolak dan akhirnya dileraikan oleh rakan dan jurulatih sepasukan.
Balotelli seterusnya meninggalkan latihan pada sessi tersebut.
Mancini dilaporkan tidak menyenangi dengan sikap Balotelli sejak musim lalu lagi dimana dia telah dikenakan kad merah ketika menentang Arsenal dengan memberi komen disessi soaljawab yang dia akan merisikokan seorang pemain di padang sekiranya masih menurunkan Balotelli. Balotelli akhirnya tidak diturunkan pada enam perlawanan selepas itu.
Selain itu mereka juga dilaporkan pernah bercakaran beberapa kali dimana Balotelli ditangkap kerana bertindak melontar darts keatas pemain remaja dan lambat menghadirkan diri sebelum pertemuan dengan Manchester United.
Baru-baru ini, bekas rakan sepasukannya di Inter Milan, Zlatan Ibrahimovic memberi komen yang Mancini mesti menurunkan Balotelli ke pasukan utama pada masa ini kerana hanya Balotelli yang mampu membantu Manchester City mempertahan kejuaraan EPL setelah mereka kini ketinggalan 7 mata di belakang Manchesr United.
Kontroversi Balotelli terdahulu:
Balotelli mahukan gaji mingguan 180k
Kontroversi Balotelli

Balotelli,
EPL : Manchester City
Tuesday, January 1, 2013
Edisi Siasat: Ketegangan di Real Madrid
![]() |
| Adakah posisi Mourinho di Real Madrid terancam? |
Mereka dibarisi oleh pemain-pemain terkemuka dan sentiasa ditagihkan khidmat mereka oleh mana-mana pasukan yang lain seperti Cristiano Ronaldo, Higuan, Sergio Ramos, Iker Cassilas, Ozil, Khedira, Xabi, Modric, Kaka dan lain lagi.
Tambahan pula mereka dikemudi oleh seorang jurulatih yang tersohor, yang mengelar "The Special One", Jose Mourinho.
Tetapi pada musim ini fakta-fakta yang berada diatas bagaikan tidak menonjolkan keadaan sebenar pasukan ini : -
-Mereka kini berada pada kedudukan ke 3 liga dengan kekurangan 16 mata dibelakang pencabar utama mereka, Barcelona.
-Tiga rekod pertemuan liga mereka berakhir dengan 2 kekalahan dan satu seri.
Bagaimanakah keadaan ini berlaku, apa kejadahnya yang berlaku di Santiago Bernabeu? Hasil tinjauan dan siasatan oleh kru edisi siasat kami telah menemui kisah-kisah disana.
1. Pada Januari 2012, tersebar berita berlakunya perselisihan faham antara pemain Sepanyol-Portugal di Real Madrid tetapi ketua pasukan Iker Cassilas menolak dakwaan tersebut.
2. Ketegangan hubungan Jose Mourinho dan Presiden Kelab Florentino Perez kerana campurtangan Perez menyebabkan perpindahan pemain sasaran utama Mourinho gagal. Pada awal musim ini Mourinho telah mensasarkan Midfielder Brazil Lucas Moura tetapi Perez tidak bersetuju kerana harganya yang terlalu tinggi dan bakatnya yang belum terbukti. Akibatnya Mourinho hanya mendapatkan Luka Modric sebagai ganti dan Moura telah disambar oleh PSG.
3. Pada minggu lalu, Iker Cassilas telah diletakkan di bangku simpanan oleh Mourinho ketika mereka menentang Malaga. Bagi Cassilas ini adalah kali pertama di dalam 10 tahun dia berada dibangku simpanan. Perlawanan tersebut berakhir dengan kekalahan 2-3. Keputusan Mourinho yang menyisihkan penjaga gol utama Sepanyol ini amat menimbulkan sensasi sehinggakan kebanyakkan akhbar-akhbar utama di Sepanyol telah mempersoalkan keputusan Mourinho.
4. Kenyataan daripada pertahanan Real Madrid, Sergio Ramos seperti mendedahkan spekulasi keretakan hubungan antara Mourinho-Cassilas & Ramos bermula sejak awal musim ini lagi walaupun minggu lalu Cassilas mendedahkan kepada media yang tiada salah faham berlaku. Cassilas adalah ketua pasukan dan adalah penjaga gol terbaik dunia pada masa ini. Mungkin juga situasi ini menjana spekulasi dimana Real sedang mengintai David De Gea di MU.
5. Pertahanan Real Madrid, Pepe yang berasal dari Portugal mendedahkan sikap media-media di Sepanyol yang tidak menyebelahi pemain-pemain Portugal di Real Madrid dengan memberi contoh kritikan terhadap pertahanan kiri, Fabio Coentrao menyebabkan ramai diantara mereka cuba mencari haluan yang lain. Adakah ini termasuk Cristiano Ronaldo, Calvanho dan juga Mourinho sendiri?.
6. Minggu lalu media Sepanyol mendedahkan berita mengenai dua sahabat paling akrab di Real, Ronaldo dan Marcelo sudah tidak bertegur sapa pada satu majlis jamuan. Satu permasalahan kecil yang cuba disensasikan oleh media.
7. Pada awal musim ini tersebar berita yang mengatakan berlaku salah faham antara Zinedine Zidane dan Mourinho tetapi Zidane menolak dakwaan tersebut. Bagaimanapun agak mengejutkan pada minggu ini apabila terdapat berita yang mendedahkan Enzo Zidane akan menjalani latihan percubaan di Melwood Training Center, Liverpool.
8. Hari ini pula kedengaran gossip terbaru, Xabi Alonso kini ingin kembali ke Liverpool.
Berdasarkan pada responden terbaru sebuah lawan web di Sepanyol (Marca), 80% daripada 80,000 penyokong mahukan Mourinho disingkirkan segera tetapi sekiranya ini berlaku Real Madrid perlu membayar Mourinho sebanyak £20Juta kerana kontrak terbaru yang dipersetujui musim lalu akan berakhir pada 2016.
Sunday, December 30, 2012
Lima bakat baru yang perlu diberi perhatian pada 2013
Memasuki tahun baru 2013, berikut adalah senarai 5 pemain harapan dan bakat baru yang dijangkakan akan menyinar berdasarkan pencapaian terkini mereka pada tahun ini.
1. Gerard Deulofeu (Barcelona)
Sayap berusia 18 tahun ini telah pun beberapa kali dimasukkan dari bangku simpanan untuk skuad utama Barcelona sejak 18 bulan yang lalu. Ia satu pencapaian yang baik untuk pemain muda berjaya meloloskan diri ke skuad utama yang dibarisi oleh bintang-bintang terkemuka. Deulofeo dikatakan memiliki kepantasan larian dan kemahiran tinggi telahpun menjaringkan 11 gol daripada hanya 16 kemunculan bersama Barcelona B.
2. Viktor Fischer (Ajax)
Juga berusia 18 tahun tetapi Attacking midfielder ini telah pun berjaya menempatkan diri didalam kesebelasan utama Ajax. Sehingga kini dia telahpun membantu Ajax dengan 3 gol jaringannya dan 3 assist. Selalu beraksi di barisan kiri dan hadapan, Fisher mempamerkan kematangan kawalan bola dan membaca permainan. Bagaimanapun kebolehannya untuk mendapatkan gol adalah sesuatu yang cemerlang untuk pemain pada usianya.
3. Dennis Praet (Anderlecht)
Juga berusia 18 tahun, Praet telahpun menyinar daripada Akademi Bolasepak Anderlecht. Dia telahpun memainkan peranan penting untuk kelabnya di liga tempatan dan liga kejuaraan Eropah. Praet dikatakan tiada mengalami masalah untuk bermain secara pantas dan permainan yang memerlukan hantaran kemas.
4. Majeed Waris (Spartak Moscow)
Walaupun telah berusia 21 tahun, tumpuan harus diberikan kepadanya pada tahun ini berdasarkan pencapaiannya semasanya pada liga Swedish Allsvenskan tahun lalu. Pada 2012 dia telahpun menghasilkan 23 gol daripada 29 penampilan bersama kelabnya. Dia dikatakan memiliki kebolehan mengjaringkan gol dengan kedua-dua kakinya. Telahpun menandatangani kontrak bersama Spartak Moscow Januari ini dan dilaporkan dia juga telah diintai oleh kelab EPL, Everton.
5. Nathan Aké (Chelsea)
Pemain pertahan tengah daripada Belanda ini , baru sahaja melakukan debut bersama Chelsea pada minggu lalu ketika The Blues menewaskan Norwich , 1-0. Dia adalah pemain termuda yang pernah beraksi di EPL pada musim ini, pada umurnya 17 tahun. Diserapkan ke skuad utama Chelsea buat pertama kali setelah berjaya menghasilkan impak yang besar kepada pasukan remaja Chelsea memenangi FA Youth Cup triumph of 2011-12. Aké juga telah memenangi kejuaraan UEFA European Under-17 sebagai ketua pasukan Belanda.

Antarabangsa,
EPL : Chelsea,
UCL News
Saturday, December 29, 2012
Real Madrid bida Gareth Bale pada £33M
![]() |
| Mourinho mengakui yang dia mula mengagumi bakat dan kebolehan Bale sejak dia berada Chelsea lagi. |
Minggu lalu, Pengurus Totenham Andre Villa Boas telah mendedahkan yang Bale adalah aset utama bagi Totenham sekarang dan tidak mungkin akan dijual pada Januari ini. Dengan kejayaan terbaru Bale yang menghasilkan Hatrick ketika menewaskan Aston Villa beberapa hari lalu, kini ia bagaikan telah menambahkan sensasi spekulasi penawaran keatas Bale.
Sememangnya Gareth Bale adalah pemain kegemaran Jurulatih Real Madrid, Jose Mourinho dimana dia sudah mengesan dan mangkagumi bakat Bale sejak dia mengemudi Chelsea dahulu. Sekiranya masih gagal diperolehi Januari ini, Mourinho dikatakan akan mencubanya lagi pada hujung musim nanti. Real Madrid dikatakan telah pun menyediakan dana sebanyak £56m untuk merealitikan perpindahan pemain Wales berusia 23 tahun ini ke Madrid.
Oktober lalu, Mourinho juga telah menawarkan Gareth Bale dengan mengunjurkan untuk membuat pertukaran pemain pertahanan kiri berusia 24 tahun Real Madrid, Fabio Coentrao yang juga adalah pemain kegemaran Andre Villa Boas yang pernah dilamar AVB semasa dia berada di Chelsea dahulu.
Labels:
EPL : Tottenham,
Gareth Bale,
Mourinho
Wenger mendesak SAF lepaskan Nani untuk Arsenal
Akibat tekanan daripada penyokong Arsenal yang mahukan Wenger melepaskan jawatan, kini, dia mendesak pengurus Manchester United Alex Ferguson "membalas budinya" (yang melepaskan Van Persie ke Old Trafford pada musim panas lalu) melepaskan pemain sayap Manchester United Nani ke Arsenal. Nani adalah sasaran terbaik Arsenal pada masa ini untuk memenuhi keadaan semasa di Arsenal dimana Walcott berkemungkinan akan berubah ke posisi penyerang dimana Andrey Arshavin dan Marouane Chamakh berkemungkinan dilepaskan Januari ini.
Selain Nani, Wenger juga mensasarkan sayap Crystal Palace Winfred Zaha, Luke Shaw yang berkemungkinan menggantikan Andre Santos dan penjaga gol Liverpool, Pepe Reina (dikatakan Brendan Rodgers kini mensasarkan Jack Butland dari Birmingham).
Melepaskan Van Persie ke skuad saingan (Manchester United) mungkin adalah sesuatu yang kurang popular tetapi Wenger tiada mempunyai pilihan kerana Juventus mahukan Van Persie dengan harga yang rendah.
Dan sekarang Sir Alex Ferguson juga harus melakukan perkara serupa kerana Nani kini juga berada pada situasi seumpama Van Persie dimana kontraknya bakal berakhir sedikit masa lagi. Terdahulu, Nani dikatakan enggan menyambung kontrak terbaru dengan Manchester kerana mahukan gaji yang lebih tinggi. Mungkin inilah masanya SAF membalas budi yang ditaburkan Wenger pada musim panas lalu.
Dijangkakan harga perpindahan Nani pada masa ini berada dilingkungan £12m dan permohonan gajinya disekitar £90,000 seminggu, adalah setara dengan bajet yang diberikan kepada Wenger untuk mendapatkan pemain bertaraf bintang.
Labels:
EPL : Arsenal,
EPL : Manchester United
Thursday, November 29, 2012
Senarai pendapatan tertinggi 30 Pengurus pada masa ini.
Satu senarai pendapatan tertinggi 30 pengurus pasukan bolasepak di dunia telah di keluarkan di Brazil semalam dengan mendedahkan Jose Mourinho berada pada kedudukan tertinggi. Firma penasihat perniagaan sukan yang berpengkalan di Brazil itu, Pluri Consultoria menyatakan pendapatan Mourinho yang di gelar Special One! dilaporkan mencecah £12.3m setahun.
Berikut adalah senarai yang didedahkan semalam.
1. Jose Mourinho – Real Madrid (£12.3m)
2. Carlo Ancelotti – Paris St. Germain (£10.9m)
3. Marcelo Lippi – Guangzhou (£8.7m)
4. Sir Alex Ferguson – Manchester United (£7.6m)
5. Arsene Wenger – Arsenal (£7.5m)
6. Guus Hiddink – Anzhi (£6.7m)
7. Fabio Capello – Russia (£6.3m)
8. Tito Vilanova – Barcelona (£5.6m)
9. Jose Camacho – China (£4.8m)
10. Roberto Mancini – Manchester City (£4.8m)
11. Frank Rijkaard – Saudi Arabia (£4.3m)
12. Jupp Heynckes – Bayern Munich (£4.2m)
13. Andre Villas-Boas – Tottenham (£3.6m)
14. Harry Redknapp – QPR (£3.2m)
15. Jorge Jesus – Benfica (£3.2m)
16. David Moyes – Everton (£2.9m)
17. Manuel Pellegrini – Malaga (£2.9m)
18. Paulo Autuori – Qatar (£2.9m)
19. Abel Braga – Fluminense (2.8m)
20. Luciano Spaletti – Zenit (£2.7m)
21. Antonio Conte – Juventus (£2.4m)
22. Cesare Prandelli – Italy (£2.4m)
23. Vanderlei Luxemburgo – Gremio (£2.4m)
24. Muricy Ramalho – Santos (£2.4m)
25. Tite – Corinthians (£2.4m)
26. Ottmar Hitzfeld – Switzerland (£2.1m)
27. Joachim Low – Germany (£2m)
28. Marcelo Bielsa – Athletic Bilbao (£2m)
29. Martin O’Neill – Sunderland (£2m)
30. Roy Hodgson – England (£2m)

Berita EPL,
Mourinho
Tuesday, November 27, 2012
Ronaldo menolak kemungkinan kembali ke MU
Cristiano Ronaldo telah menolak kemungkinan yang beliau akan kembali ke Manchester United dari Real Madrid.Mengakui walaupun dia berasa kurang selesa berada di Sepanyol pada awal musim ini dan pengurus lamanya di Manchester United, Sir Alex Ferguson juga telah memberikan komen yang pintu di Old Traffold sentiasa terbuka untuknya tetapi menyatakan pemain berusia 27 tahun ini adalah "Tidak terbeli" pada masa sekarang.
Real Madrid berada di Manchester City pada minggu lalu untuk pertemuan menentang Manchester City di kejohanan Juara-Juara Eropah dimana kesempatan ini diambil oleh Alex Ferguson dan Ronaldo untuk bersua muka. Ronaldo memberitahu yang tiada perbincangan mengenai perpindahan dibincangkan dan mereka hanya berbual mengenai perihal kehidupan harian mereka sahaja.
Labels:
EPL : Manchester United
Sunday, November 11, 2012
Brendan Rodgers janjikan pelengkap Suarez Januari ini.
Luis Suarez boleh dianggap hero kepada Liverpool pada musim ini kerana pengaruh kuatnya meletakkan Liverpool sebagai sebuah pasukan yang masih lagi mencabar di EPL. Kenyataan ini dikuatkan dengan statistik semasa dimana Suarez sebenarnya secara peribadi telah menyumbangkan 9 mata daripada keseluruhan 11 mata diperolehi Liverpool pada masa ini dengan hasil jaringan dan bantuan lolosan bola darinya. Sekiranya tiada Suarez bermaksud Liverpool sekarang berada pada kedudukan 3 terbawah liga.
Menyedari hakikat ini maka, Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berjanji akan melobi kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan seorang lagi penyerang untuk membantu Suarez pada Januari nanti. Tambahan pemain ini dijangka akan dapat mambantu Liverpool untuk menempatkan diri ke saingan Eropah pada musim hadapan.
Rodgers juga menambah yang Liverpool juga tidak mahu suasana yang berlaku terhadap Fernando Torres pada Januari 2011 lalu juga menimpa Suarez. Fernando Torres pada tahun lalu telah meninggalkan Liverpool ke Chelsea dengan alasan yang dia dahaga kejuaraan yang tidak mungkin dapat dikecapi sekiranya berada di Liverpool.
Diantara nama-nama yang disebut-sebut akan ke Liverpool nanti adalah penyerang Schalke Klaas Jan-Huntelaar, penyerang Helsinki Joel Pohjanpalo, penyerang 23 tahun Bayern Nils Petersen, penyerang Chelsea Daniel Sturiddge.
Menyedari hakikat ini maka, Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers berjanji akan melobi kepada pihak pengurusan untuk mendapatkan seorang lagi penyerang untuk membantu Suarez pada Januari nanti. Tambahan pemain ini dijangka akan dapat mambantu Liverpool untuk menempatkan diri ke saingan Eropah pada musim hadapan.
Rodgers juga menambah yang Liverpool juga tidak mahu suasana yang berlaku terhadap Fernando Torres pada Januari 2011 lalu juga menimpa Suarez. Fernando Torres pada tahun lalu telah meninggalkan Liverpool ke Chelsea dengan alasan yang dia dahaga kejuaraan yang tidak mungkin dapat dikecapi sekiranya berada di Liverpool.
Labels:
Berita EPL,
EPL : Liverpool,
Pengambilalihan The Kop
Friday, November 2, 2012
Keramat November
Berdasarkan kepada statistik sejak EPL diperkenalkan pada 1992, bulan November boleh dikatakan adalah bulan keramat kerana berdasarkan pada persembahan sepuluh perlawanan awal, pengerusi atau pemilik kelab sudah boleh menghidu dikumpulan manakah pasukan mereka bakal menghuni sehingga hujung musim nanti.
Tambahan pula jika pengurus kelab tersebut diberi suntikan modal yang tinggi untuk memancing pemain baru pada perpindahan musim panas, kini selepas sepuluh perlawanan liga, sudah tiba masanya untuk mereka melihat bunga-bunga hasil dari semaian terdahulu. Logiknya, ukuran sepuluh perlawanan ini jatuh pada bulan November dan mungkin sebab itulah statistik menunjukkan jumlah pengurus kelab EPL yang digugurkan pada bulan November adalah 2 kali ganda banyaknya berbanding dengan bulan-bulan yang lain.
Kita tunggu adakah ada diantara 20 pengurus-pengurus akan kehilangan pekerjaan mereka sehingga 1 December nanti. Sehingga kini dikhabarkan sudah terdapat empat pengurus yang sedang mendiami kerusi panas di kelab masing-masing iaitu Nigel Adkins (Southampton), Mark Hughes(QPR), Paul Lambert (Aston Villa) dan Roberto Mancini (Machester City).

Berita EPL
Tuesday, October 30, 2012
Senarai FIFA Ballon d'Or 2012 didedahkan.
Bertradisi dari tahun-tahun terdahulu, pada hari ini FIFA telah mendedahkan senarai 23 pemain yang berkemungkinan dianugerahkan gelaran Pemain Terbaik Dunia 2012. Senarai ini mengambil kira kemampuan dan sumbangan pemain terpilih berdasarkan pada persembahan mereka di musim yang lalu. Senarai pendek ini akan dihalusi lagi pada 29 November nanti kepada hanya tiga pemain sahaja yang akan diundi untuk mendapat gelaran Pemain Terbaik Dunia Pada 2012.
Berikut adalah Senarai 23 pemain yang dikeluarkan oleh FIFA pada hari ini.
Sergio Aguero (Man City), Xabi Alonso (Real Madrid), Mario Balotelli (Man City), Karim Benzema (Real Madrid), Gianluigi Buffon (Juventus), Sergio Busquets (Barcelona), Iker Casillas (Real Madrid), Didier Drogba (Chelsea/Shanghai Shenhua), Radamel Falcao (Atletico Madrid), Zlatan Ibrahimovic (Milan/PSG), Andres Iniesta (Barcelona), Lionel Messi (Barcelona), Manuel Neuer (Bayern), Neymar (Santos) Mesut Ozil (Real Madrid), Gerard Pique (Barcelona), Andrea Pirlo (Juventus), Sergio Ramos (Real Madrid), Cristiano Ronaldo (Real Madrid), Wayne Rooney (Man Utd), Yaya Toure (Man City), Robin van Persie (Arsenal/Man Utd) Xavi (Barcelona).
Berdasar pada persembahan musim lalu Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi dikatakan mempunyai harapan yang cerah untuk berada pada pilihan 3 terbaik.
Senarai pemenang pada musim 2011.

- Lionel Messi (Argentina/Barcelona) 47.88%
- Cristiano Ronaldo (Portugal/Real Mdrid) 21.60%
- Xavi Alonso (Spain/Barcelona) 9.23%
Labels:
Antarabangsa,
UCL News
Tuesday, October 23, 2012
David De Gea ingin kembali ke Sepanyol
Setelah setahun lebih bersama Man Utd, David De Gea dilaporkan kini tidak begitu gembira berada di Old Trafford. Dia dikatakan menghadapi kesukaran untuk menghadapi suasana kehidupan di England dan EPL. Penjaga gol yang diperolehi daripada Atletico Madrid dengan £18.3 juta ini digugurkan dari skuad utama setelah gagal mempamerkan persembahan yang baik ketika Man United dikalahkan Blackburn 3-2 dan digantikan dengan penjaga gol dari Denmark, Anders Lindergaard.
Real Madrid telah pun menghidu masalah ini dan kini sedang berusaha untuk membawa bintang kelahiran Madrid ini ke sana. Real Madrid kini juga sedang berusaha untuk mendapat khidmat penjaga gawang yang berkualiti untuk menggantikan khidmat Iker Casilas yang kini sudah berusia 31 tahun.
Walaupun persembahan De Gea kurang memberangsangkan di England dia masih mempunyai reputasi yang baik di Sepanyol kerana dia kini adalah penjaga gol U21 Sepanyol dan dibualkan untuk menggantikan Casilas di skuad utama Sepanyol selepas ini.

Sunday, October 21, 2012
Rio Ferdinand membelakangi MU dan Sir Alex
Sir Alex menerima tamparan yang hebat berikutan usahanya untuk melobi kempen anti perkauman di dalam sukan bolasepak pada hari ini. Ini berikutan komen terbukanya ke atas penyerang Reading Jason Roberts yang memboikot kempen tersebut kelmarin.
Apa yang lebih menberangkan beliau adalah tindakan anak buahnya sendiri yang membelakangi rakan sepasukan dengan menolak untuk menyarungkan kemeja T yang disediakan untuk kempen tersebut semasa sessi memanaskan badan pasukan sebelum pertemuan menentang Stoke City.
Rio Ferdinand dikatakan kurang berpuas hati dengan denda yang dikenakan keatas pertahanan Chelsea John Terry yang hanya dikenakan pergantungan empat perlawanan setelah disabitkan kesalahan mengeluarkan sentimen perkauman keatas adiknya Anton Ferdinand semasa perlawanan menentang QPR tahun lalu.
Sir Alex mendedahkan yang dia amat terkilan dengan tindakkan Ferdinand dan ia amat memalukan.
Labels:
EPL : Manchester United
Saturday, August 6, 2011
Percaturan AVB terpaksa sisihkan Fernando Torres.
Percaturan taktikal Andre Villas-Boas untuk memastikan kemenangan mula buat Chelsea menyebabkan Fernando Torres disingkirkan daripada senarai pemain utama Chelsea. Keadaan ini makin merumitkan bagi bekas penyerang Liverpool yang dibawa ke Chelsea dengan £50 juta pada Januari lalu. Torres kini masih lagi terkinja-kinja untuk mendapatkan kembali prestasinya yang mula munurun sejak menyertai Sepanyol didalam kempen Piala Dunia tahun lalu.
Dengan hanya menjaringkan satu gol semenjak bersama Chelsea ditambah dengan persembahan yang kurang memberangsangkan semasa perlawanan pra-musim baru-baru ini, AVB kini sebaliknya terpaksa melanjutkan kontrak setahun lagi untuk Didier Drogba selain bertindak sebagai penyerang utama Chelsea dengan formasi 4-3-3.
Selain itu, Daniel Sturridge kini semakin mendapat pilihan dengan aksi yang memberangsangkan setelah dipinjamkan ke Bolton pada musim lepas dengan option berikutnya memihak kepada Nicolas Anelka atau Salomon Kalou dibahagian sisi bakal meletakkan lagi Fernando Torres akan terus berada dibangku simpanan.

EPL : Chelsea
Tuesday, August 2, 2011
Mourinho perlukan Gareth Bale
Agak mengecewakan apabila Harry Redknapp kerap kali gagal membawa pemain bertaraf bintang ke White Hart Lane. Seringkali tawaran yang disandarkan oleh Tottenham, mesti ada kelab pesaing lain yang menjadi penghalang mereka dan yang terakhir adalah Juan Mata yang dipintas oleh Arsenal, berita terbaru juga kedengaran hari ini Arsenal juga telah berputih mata kerana gagal mendapatkan Mata.
Redknapp kini lebih mensasarkan pemain tengah yang berkualiti berikutan keadaan Luka Modric yang tidak menentu dan mungkin akan berpindah ke Chelsea, perpindahan Modric pasti akan membesarkan kantung Tottenham yang dinilaikan Redknapp melebihi £35 juta menyebabkan Manchester United terpaksa berundur daripada memancing pemain ini.
Kehilangan pemain yang mendapat jolokan "The Magic" ini mungkin tidak menggusarkan Redknapp kerana sejak dari musim lalu lagi Redknapp mempunyai banyak pilihan untuk pemain sayap kiri dan ini termasuklah Gareth Bale dan Assou Ekoto. Kedua-dua pemain ini menjadi pilihan utama Redknapp menyebab Modric kurang diturunkan dan meluahkan hasrat untuk berpindah. Tetapi Modric mempunyai kelebihan dimana dia boleh berfungsi di bahagian tengah dengan baik setelah berpasangan bersama Huddlestone. Selain itu Redknapp juga mempunyai Rafael Van Der Vaart yang kini berfungsi di bahagian serangan.
Menyedari kekecewaan dan tekanan ini, Jose Mourinho mengambil peluang dengan menawarkan bintang tengah Real Madrid, Lassana Diarra tetapi dengan syarat Redknapp mesti melepaskan Gareth Bale ke Real. Satu tawaran yang licik yang juga akan lebih memeningkan Redknapp selepas ini. Mourinho menggambarkan urusniaga ini akan dilakukan pada Januari depan dan bukan dalam waktu terdekat.
Mourinho sejak dahulu lagi amat teruja dengan permainan Bale walaupun Bale mula menyinar pada tahun lalu. Pada Januari lalu juga terdengar desas desus yang mengatakan Mourinho bakal membuat satu tawaran mega kepada Tottenham untuk membawa Bale dan Modric ke Madrid dengan tawaran £100 juta. Mungkin kegagalan untuk ke Final kejuaraan juara-juara Eropah menyebabkan ianya tidak berlaku.

Monday, August 1, 2011
Suasana kurang harmoni di Eastland.
![]() |
| De Jong meluakan rasa iri hatinya diatas imbuhan yang diperolehi Aguero. |
Seperti serampang dua mata mungkin tindakkannya itu adalah untuk membawa pemain Argentina ke skuad seterusnya dapat mengelakkan ayam tambatannya Carlos Tevez berpindah ke kelab lain. Tidak hairanlah bagaimana Sergio Aguero ini diberikan imbuhan yang tinggi sebanyak £200,000 seminggu dengan pembelian sebanyak £38 juta.
Sekiranya berharap dapat mengikat ayam tambatannya kini dia akan berhadapan dengan masalah terbaru yang kedengaran di Eastland sekarang dimana 3 pemainnya kini sudah meluahkan rasa cemburu dan tidak puas hati dengan imbuhan yang diterima oleh Aguero. Mereka adalah Vincent Kompany, Nigel De Jong dan Micah Richards.
Ketiga-tiga pemain ini dilaporkan kecewa dengan layanan yang diterima mereka setelah berjaya membantu Manchester City pada musim lalu mengondol piala kejuaraan setelah 35 tanpa sebarang piala. pemain Belanda De Jong meluahkan rasa kecewanya dengan perbincangan kontrak terbarunya kini, selain Kompany dan Richards dilaporkan akan diberikan gaji sebanyak £80,000 dan £65,000 seminggu.
Untuk menyusun struktur penggajian kelab yang lebih terancang kelab terpaksa memberi gaji kepada pemain-pemain utama lebih kurang setengah daripada gaji yang diperolehi oleh pemain bintang yang terdiri daripada Yaya Toure, Carlos Tevez dan Sergio Aguero.
Suasana inilah yang perlu dielakkan oleh setiap pengurus pasukan yang menyimpan pemain-pemain bertaraf bintang yang ramai. Sekiranya gagal dikawal, keputusannya kita akan melihat bagaimana sesebuah pasukan yang berkualiti gagal bersaing di liga.
Labels:
EPL : Manchester City
Lee Chung-Yong patah kaki kanan.
Pemain tengah Bolton Lee Chung-yong akan direhatkan sekurang-kurangnya selama sembilan bulan akibat patah kaki kanannya semasa perlawanan pra-musim menentang Newport County di Newport.
Pemain berusia 23 tahun daripaka Korea Selatan ini telahpun berjaya menjalani pembedahan menyambung tulang kaki yang patah dua kerat. Dia terpaksa di usung keluar selepas berlanggar dengan pemain lawan Tom Miller pada awal separuh masa pertama.
Lee yang menyertai Bolton daripada FC Seoul pada musim panas 2009 sentiasa memberi persembahan yang konsisten sejak dua tahun lalu. Pengurus Owen Coyle memberitahu pada website kelab mereka yang mereka akan sentiasa membantu Lee sehingga beliau sembuh.
Labels:
EPL : Bolton
Arsenal pintas Tottenham untuk perolehi Juan Mata
Pemain Valencia Juan Mata kini menjadi pemain buruan tiga kelab EPL pada masa ini, Tottenham, Arsenal dan Chelsea.
Tottenham terlebih dahulu mengemukakan tawaran unutuk mendapatkan Mata tetapi di akhir kemajuan urusniaga tersebut kini Arsenal dikatakan akan cuba memintas Totenham walaupun kini dikatakan Chelsea pula akan menyusul kemudian nanti.
Bapa Mata yang juga adalah agennya berkata kemungkinan untuk anaknya beraksi di Liga Kejuaraan bersama kelab England pada musim hadapan adalah cerah. Valencia dikatakan meletakkan harga Mata pada £20 juta tetapi klausa kontraknya membolehkan dia meninggalkan Valencia hanya pada £13.5 juta sahaja.
Arsene Wenger dijangkan akan mengesahkan urus niaga ini pada hujung minggu ini. Pada masa ini juga Arsenal dan Tottenham juga sedang berusaha untuk membawa pemain Blackburn Christopher Samba untuk menyertai kelab mereka.

EPL : Tottenham
Tony Fernandes perolehi 51% pegangan QPR
Pemilik Air Asia yang juga adalah pemilik pasukan Formula Satu Team Lotus, Tony Fernandes mengesahkan sebagai pemegang saham terbanyak QPR dengan persetujuan membeli 51% pemilikan kelab tersebut. Fernandes pada bulan lalu gagal mendapatkan pegangan ke atas sebuah lagi kelab di kota London, West Ham.
Perjanjian ini menjadikan Fernandes sudah layak untuk mempengerusikan kelab tersebut walaubagaimanapun pemilik bersama terdahulu Flavio Briatore dan Ecclestone masih memegang tugas tersebut.
Fernandes kini dikatakan telah bersetuju untuk membeli lagi keseluruhan pemilikan Ecclestone untuk membolehkannya mendapatkan mandat penuh keatas QPR. Selain Flavio Briatore dan Ecclestone, Konglomerat dari India, Lakshmi Mittal juga mempunyai pegangan sebanyak 33%.
Fernandes kini berada di Itali untuk mengadakan perbincangan bersama pengurus kelab tersebut Neil Warnock mengenai persiapan kelab tersebut menghadapi EPL pada musim ini termasuk dengan pembelian pemain baru. Pada masa ini QPR dalam perbincangan untuk membawa pemain Blackpool DJ Campbell dengan harga £1.25juta.

EPL : QPR
Subscribe to:
Posts (Atom)