Wednesday, September 29, 2010

David De Gea calon pengganti Var Der Sar

Semasa perlawanan Manchester United menentang Scunthorpe minggu lepas untuk perlawanan English Carling Cup terdapat laporan yang memberitahu Alex Furgeson dan jurulatih penjaga golnya Eric Steele telah berada di Sepanyol untuk menyaksikan perlawanan Liga Sepanyol antara Atletico Madrid dan Valencia yang berkesudahan 1-1.

Banyak laporan menyatakan tujuan Sir Alex adalah untuk melakukan aktiviti risikan sebagai persediaan Manchester United menentang Valencia untuk perlawanan liga juara-juara esok. Rupanya kedatangannya adalah bersifat serampang dua mata kerana selain memerhatikan permainan Valencia Sir Alex juga sedang memerhatikan penjaga gol Atletico Madrid kini David De Gea yang berusia 19 tahun untuk disenaraikan sebagai prospek perpindahan terbaru Manchester United. Dilaporkan juga perkembangan De Gea telah diperhatikan sejak Januari lalu oleh Manchester United.

Alex Ferguson yang kini amat terdesak untuk mendapatkan peganti penjaga gawangnya Edwin Van Der Sar yang bakal mencecah umur 40 tahun bulan depan. Walaubagaimanapun De Gea memberitahu yang dia amat gembira dengan peningkatannya di Atletico Madrid sekarang dan mahu menamatkan kontraknya yang terikat sehingga 2013 nanti.

1 comment:

  1. MU sudah bertukar pilihan sekarang dengan melihat option terbaru mereka Lindegaard dari Aalesunds, Norway. Baru bermain sekali untuk Iceland dalam Kelayakan Eropah.

    ReplyDelete